music Dj

Wednesday, 6 January 2016

STRIVE FOR SUCCESS IN SEMESTER 2

Bismillah .Hai kepada yang membaca .This are my new entry for new chapter 2016 heeee.Entry ni sis nak share ape yg sis dah lalui.aicehhh.Starting sem dua ,budak kos agrotech,sains and woodtech mmg kena duduk dkt kolej Tun Teja.So,kami budak ladang mmg happy lah sebab nak rocall ke ladang dekat.Tak perlu keluar awal pagi sgt mcm sem 1 dulu.Hahahahhha.Kami orang nak ke kelas pun dekat sbb tun teja berada kat tengah tengah.hoho.Malangnya,waktu pendaftaran kolej,majoriti budak ladang dduk tingkat 4 atas sekali.Allahu tingginye mcm kat Eifel TOWER.Bila dah penat naik,rasa malas gile nak turun utk beli makanan apatah lagi sidai baju hahahha.Nak taknk kena bertabah ddk teja ni.Satu lagi,teja selalu takde air.Bukan takde air tapi air tangki teja cepat habis.Teja tak guna paip utama mcm kolej fatimah.Kiteorg just bergantung pada tangki hitam yg kononnye besar tu.Habis air maka takdelah air.So mmg kena bertbah dan bersabar lah.

Start class in sem 2 agak happy sebab dapat jumpa classmates semula selepas sem break..Masing-masing wish happy new year and so on.Mula-mula je semangat ke kelas,tapi lect takde.Ramai yg meting tak habis habis.3 minggu pertama seronoklah ebab kelas asyik batal je.Well,student kalau kelas batal mmg lajuuuu jee.Lepas minggu 3,no more class cancel.So pergilah ke kelas.Jadual hari isnin dgn selasa mmg pack.Takde lah pck sgt tapi bekejar lah sbb nak cepat.Selasa pulak ade KO.Tapi lama lama dah biasa dgn bekejar kejar nk ke kelas.hahahhaha.Lect science comp alahai cecomel je.Kecik je orgnye.Maklumlah baru 26 and baru sign kontrak dgn uitm.Naik sem 2 ni,bestlah sbb lect pun okey and subjekpun oke.

Haaaa nak cite yg sem 2 ni kiteorg dh praktikal benda lain.Kiteorg prakikal landscape.Seronok tu boleh lah sbb bukan apa,praktikal ni relax je.Pastu cpt habis and dpt balik awal.Tapi hm tak tahu lah kalau dh strt busy nk decorate landscape nnti muahahhaha.Tu je lah yg sis nak kongsikan.Moga semuanya dalam lindungan Allah.LOL from Elly .Byee.

Monday, 2 November 2015

                                                                   GREAT OCTOBER

Assalamualaikum penggemar blog dan yg lainnya.Sis berkesempatan untuk create new entry but this entry  is about my activities  during October.Hehe i just wanna share what have i done during semester break.

First,sis habis final exam pd 15/10 subjek Plant Science.Rata-rata classmates sis balik rumah ptg tu jugak sbbnye flight diaorg tu je yg free..Kalau ikutkan mlm tu kiteorg nak keluar makan dgn classmates hasil duit jualan sayur kiteorg.So mlm tu kiteorg keluar mana yang tak balik je lgi utk makan bersama .Tak jauh pun makannye.Dekat Jengkalifornia Town je..hahhahhahambar.Esok paginya,sis and the geng pergi jumpa miss wani sebab miss wani dh nak habis kontrak mengajar dkt Uitm.Sedih sebab miss dah takde.Nanti takleh dah nak selalu dating .Nak nak lagi borong tudung.Terpaksa lah beli online..hikss.


17-18/10
Family day sekolah ayah sis..haha Rasa dh lama sgt tak pergi family day..Rasa lah kanak-kanak balik .Kutip kutip coklat.Family day kali ni lebih kpd aktiviti santai dimana kiteorg buat bbq dan makan makan kemudian penyampaian cenderahati kpd guru guru.Of course sis pergi pantai tgk ombak.Tapi ombak sgt kuat sampaikan takut nak dekat dgn pantai.So,sis duduk jauh ambik gambar ,main main pasir,acah acah cantik posing semua tu.Well ,mmg habit sis kot sebabnye every single moment sis suka utk ambil gambar.hewhew.Selepas pada tu,sis menikmati cuti sem sis dgn lepak tidur makan jalan jalan lawat cikgu dan sekolah..waaaa


31/10
Reunion Rehlah Tautan Ukhwah POA Zon 2 kali kedua.Sebenarnya sis segan nak join diaorg sebabnya ini baru pertama kali join poa zon 2 .Kenal diaorg pun tak sgt sbb kenal pun dkt pmg pahang je..Sedihkan ?.hmm RTU ni diadakan di Hutan Lipur Lentang..Dapatlah lepas rindu nak tgk air terjun..hahahaha..Program ini bertujuan untuk mengeratkan kembali tautan ukhwah yang telah terbina antara kami semua semenjak program lain yg telah dianjurkan oleh Ikatan Pelajar Islam Pahang.Program bermula dgn ketibaan para alumni yg berkelapngan utk menghadiri reunion.Turut hadir para pemimpin Ikatan,Saudara Hafizullah,saudara Arif,saudara Nazrin,Saudara Hayat,Saudari Hidayah serta ahli zon 1 dan 3.

Program diteruskan dgn aktiviti BBQ.Sambil berBBQ,kami berkongsi ceria serta punchline punchline yg serba kena mahupun tak kena yg sentiasa menceriakan suasana.Kemudian diteruskan lagi dengan slot Sharing Moment mengenai perkembangan diri dalam jemaah mahupun kehidupan seharian.Usai sharing moment,kami meneruskan lagi dgn aktiviti bebas.Slot ini memberi peluang kepada kami utk melawat tempat air terjun serta bermandi manda bagi siapa yg ingin merasai kesejukan air terjun Lentang.Pada jam 6 petang,kami telah siap berkemas tempat yg kami gunakan dan diadakan dgn sesi pengambaran.Of course kena bergambar sebab dah gathering kan..hahahaha.

Meskipun program ini nampak santai,pada saya program ni dah berjaya mencapai objektif dimana utk merapatkan kembali tautan ukhwah sesama kami.Jujur sis cakap,sis gembira dgn pertemua bersama ahli ahli zon 2.Ternyata mereka mudah untuk didekati dan mudah utk menyelit dlm punchline yg dibuat olehnya.Sis sgt happy berada dalam kalangan mereka kerana ukhwah sebegini jarang sis dapat rasai dgn yang lainnya.Semoga ikatan ukhwah ini berkekalan dan berpanjangan dengan semua sahabat sahabat kita tak kira yg baru mahupun lama.Semoga dgn kehadiran rakan baru ,kita tak lupa pada sahabat kita yg sama sama dengan kita sewaktu persekolahan dulu..heeee.


Dalam kehidupan ni,kita kuat kerana adanya jemaah.Tanpa jemaah mungkin kita akan tumbang.Semoga kita Selalu sanggup untuk berbuat baik bersama aamin In Shaa Allah..heeee.Renung renugkan dan selamat beramal gaiss..Thanks sudi membaca entry sis yang tak seberapa ni.Moga kita semua dalam lindungan dan jagaan Allah.Itu sahaja yang sis mahu kongsikan bersamaa.

Thursday, 29 October 2015

                                                          FIRST INTERVIEW

Asaalamualaikum uolls..This time sis baru dapat luangkan masa bersama blog tercinta untuk terus memainkan jari jemari sis untuk berkongsi satu entri yang mana pada sis perlu untuk dikongsikan bersama uols yg ade terbaca entry entry blog sis.Here are the intro of my entry cehceh..

Penghujung sis habis Spm,sis ade isi permohonan SPA.Sejujurnya sis minat dgn bidang perubatan walaupun sis tak sehebat dalam belajar ,tapi berbekalkan minat yg ada,sis cuba penuhkan maklumat SPA dengan jurusan perubatan dan alhamdulillah tak silap sis di pertengahan bulan 8 sis mendapat email yang dapat menduduki exam online SPA.Perasaan sis sangat bersyukur kerana mungkin ini permulaan yang baru dan menaikkan lagi semnagt sis untuk cuba dptkan bidang perubtan.Selesai exam online,maka 3 minggu selepasnya keputusan exam telah pin keluar.Sis tak berani nak terus cek sbb takut nnti kecewa sekiranya gagal.But,alhamdulillah Sis berjaya dalam exam online tersebut dan sekali lagi menerima email di mana Sis akan diberitahu tempat dan masa untuk menghadiri temuduga..

Sis menghadiri temuduga pada 28/10 di Kuantan.Sebelum sampai ke tarikh temuduga,sis mencari segala maklumat berkaitan latihan yang sis pilih.Sis menerima 6 tawaran latihan perubatan iaitu Pembantu penolong pegawai kesihatan dan persekitaran,juru xray,MA,Farmasi,Jururawat dan Jurupulih.Sis kena pilih yang mana paling sis minat untuk menghadiri inteview nanti.Segala macam blog sis cari untuk dapatkan maklumat dan alhamdulillah ternyata banyak blog yg sudi berkongsikan pengalaman mereke di inteview SPA.

Tak lupa sis kepada sahabat baik sis saudari Faidatul kerana dia sangat byk membntu sis dari segi menceritakan pengalamannya menghadiri temuduga,cara nak susunkan fail,buat resume dan macam macam lagi.Tanpa bantuan Fai,mungkin di saat akhir sis akan still jadi kalut,Maklumlah orang baru first time nak g inteview.

Tiba masa 28/10,jam 6 pagi sis dan ibubapa gerak ke Kuantan dan sampai di sana dalam pkul 8.Sampai je sana,sis diminta utk mendaftar .Selesai mendaftar sis menunggu gikiran sis.giliran 2006 sudah hampir dan dengan bismillah sis memulakan temuduga.Ingat ye jangan disebabkan gelabah nk msuk bilik,anda lupa utk ketuk pintu.Make sure ketuk pintu then baru masuk..hehehehhe

Beri salam dan serahkan fail.Apabila dibenarkan duduk baru duduk..ni lah ape yang sis  di inteview haritu:

Panel 1:Okey Nur Elida Tasnim,apa saya nak panggil awak?
me:Tuan boleh panggil saya Elly
Panel 1:Okey elly,perkenalkan diri anda
me:Sis cerita latar belakang dan bla bla bla
Panel 1:okey elly,saya nak tanya kenapa anda pilih SPA?
me: em saya pilih SPA sebab dah lama saya tunggu hahahha (cerita je kenapa anda pilih ye)
Panel 1:Elly belajar di mana skrg?
me:di UiTM Jengka tuan
Panel 1:semester ke brp?
me:Baru habis sem satu Tuan
Panel 1:ohhh ,awak ambil diploma perladangan .Apa yg awk belajar ?
me:sis cerita setiap sem praktikal lain lain.macam sem 1 saya kena tanam sayur hijau.
Panel 1:elly tanam sayur apa?
me:saya tanam bayam hijau
Kenapa pilih bayam hijau?
me:sebab lect yg bagi ,so saya amik je..hahhaha
Panel 1:ohhh,mana sedap bayam merah ke bayam hijau?
me:saya rasa bayam merah
Panel 1:kenapa byaam merah?
me:sebab warna dia merah dan menarik..heee
Panel 1:bukann,,sebab dia manis kan?
me:em haah manis kalau hijau dia macam pahit sikit(panel dgn sis gelak sebab lawak )
Panel 1:Okey elly,cuba cakap arab sikit?
me:blupp,terkejut skjp .Tak sangka dia suruh sis cakap arab.ape lagi sis pun main cakap je arab.Apa yang sis igt sis cakap sebab dia just nak tahu kemahiran kita cakap arab.tu je so dun worry gaiss..gelabah sikit biasalah kan..hahhhaha
Panel 1:Okey knp elly pilih latihan ni?
ne:saya pilih jurupulih sebab saya minat nak rawat org dlm fisio and goreng je bla bla bla.Tapi yg berkaitan tau

Panel 2:Elida Tasnim
me:Ye saya
Panle 2:Sekiranya anda tak dapat latihan yg anda pilih,apa anda akn rasa?
me:Jujur agk sedih sebab tak dpt apa yg saya nak dan mungkin terubat dgn latihan yg lain sebab latihan yg lain juga masih sama di bawah bdang perubatan.
Panel 2;Sekiranya elida ditawarkan dgn latihan jururawat?Apa yg elida boleh lakukan?
Me:Saya akan terima latihan tu dan cuba untuk mendalami segalanya dan bla bla bla bla.
Panel 2:Apa yg elida tahu tentang jururrawat?
Me:Jururawat kena tahu guna alat itu ini selain merawat.Dan cerita je ape yg kita faham dgn nurse..hehhe..Panel tu dgr je ape kita cakap.

Panel 1:Okey elida,rasanya tu saja.Ada pape lagi?
me:em ade tuan
Panel 1:Apa dia elida?
me?Saya berhrap saya diterima dalam temuduga kali ini dan cuba utk jadi yg lebih baik..(senyum je )
panel 1:em insyaAllah ye..okey tu shaja..
me:Terima kasih tuan dan ambil fai terus keluar

hahahhahahaha itulah pengalam sis yg sis boleh ceritakan.Mungkin entry ni sis boleh tunjuk dgn cucu nenek akn dtg..bhahahha...semoga bermanfaat..Entry sis tak sehebat mana.Cuma biasa biasa saja.Semoga ade manfaat..

Jalan Allah tu penuh misteri tapi percayalah di penghujungnya ade sinar hikmahnya.Renung renungkan dan selamat beramal..

Monday, 11 May 2015

                                       



                               Karya yang direka ini tiada kaitan dengan sesiapa pun bahkan ini adalah rekaan dan idea sahabat dan saya.Semoga sesiapa yang membaca entry ini akan terhibur dengan setiap watak dan perwatakan yg hadir dlm karya ini.Selamat membaca .Bismillah


                     3 TAHUN SETIA

BAB 1

     Angin laut bertiup dingin menyepa tubuh Tasnim.Sudah menjadi lumrah hidup untuk mencari ketenangan daripada-Nya.Tapi tidak bagi Anim,ketenangan akan muncul hanya ketika dia bersujud kepada-Nya.Dia tiba di tempat begini hanya kerana satu sebab.Ahmad Kashah,nama ini hanya membuatkan hati Anim menangis sendiri.Lelaki ini seakan memberi harapan cinta Anim yang tiada jawapannya.
      "Tidak jemukah dia?"Soalan sebegini sentiasa membelengu fikiran Anim,
       "Ahh,memenatkan!"Anim hanya merenung jauh pulau di hadapannya.Hatinya berbisik.
        "Sampai bila aku kene bersembunyi sebegini?"
Tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan berlari ke arahnya.Lantas dia membongkokkan badannya sedikit.Hatinya berbisik,
        "Anak siapakah ini?comel sungguh.Tidak risaukah ibu bapa kanak-kanak ini membiarkan anak mereka berkeliaran sendirian?"
        "Mama mama!"panggil kanak-kanak perempuan yang memakai gaun putih berbunga kecil tersebut
        "Ehh,kakak bukan mama adiklah.Adik salah mama ni,"jawab Anim sambil tersenyum manis ke arah kanak-kanak itu.Tangannya mengusap lembut pipi mulus kanak-kanak itu.
        "Aish,comel sungguh kanak-kanak tu",bisik hati Anim sekali lagi.
Anim mendukung kanak-kanak tersebut sambil matanya liar memandang sekelilingnya.Tiba-tiba kedengaran suara seseorang memberi salam.
        "Assalamualaikum cik," ucap wanita berbaju kurung ungu itu.Terkedu Anim saat matanya tertancap pada wajah bersih wanita tersebut.
        "Atikk!",jerit Anim lalu memeluk erat wanita ayu di depannya itu.Kanak-kanak perempuan yang berada dalam pelukan Anim segera diturunkan.
        "Anim kan?",tanya wanita itu.
Mengalir air mata Anim tatkala wanita tersebut menyebut namanya.Anim mengangguk.
        "Takkan kau dah lupa dekat aku?",seloroh Anim.Ketawa dan menangis mereka bersama.
        "Lama betul kita tak jumpa kan?",soal Atik.
        "Iyalah,hampir lapan tahun kita tak jumpa.Ehh ,kau sorang je ke ni?"tanya Anim.Tersenyum Atik saat Anim menyoalnya begitu.
        "Kau ni,dah terang-terang depan mata kau sekarang aku dengan anak kecil.Confirmlah aku datang dengan family aku".
Terkejut Anim tatkala Atik mula bercerita.
        "Wahh,tak jemput pun aku.Mana hubby kau?"usik Anim.
        "Ada tadi.Jumpa kawan dia kot",balas Atik.
        "Ohh.Ehh aku sorang je ke panggil kau Atik ni?Hubby kau panggil apa?",soal Anim lantas mengambil anak kecil yg berada di sampingnya itu.
        "Untungnya Atik,dapat ank cecomel tak banyak karenah pulak tu",bisik Anim
        "Ehh ,jomlah sambung borak-borak dekat cafe.Kesian anak kau ni kena panas.Elok-elok kulit tengah putih gebu macam ni,ada yg sunburn karang,"saran Anim.
    Tanpa berlengah lagi,merek terus bergerak ke cafe yang berada di dalam hotel.Setibanya mereka di cafe,mata Anim tertumpu pada seorang jejaka yang menghampiri mereka.Orangnya tinggi,tegap,kulit putih kemerahmerahan.Kelihatan seperti seorang yg sungguh berkaliber.
        "Sayang,sayang pergi mana tadi.Puas abang cari.Call pun tak angkat,"soal jejaka itu lantas mengambil anak perempuannya.
Tergumam Anim saat menonton adegan romantik di hadapannya itu.
        "Boleh tahan jugak suami Atik ni,"bisik Anim.
        "Ehh Anim,ni hubby aku yang paling aku sayang.Perkenalkan Azhar",jelas jari Atik sambil menunjuk-nunjuk jari ke arah suaminya.
        "Ohh,saya Tasnim just call me Anim",jawab Anim malu-malu sambil tersenyum manis ke arah Atik.
        "Ehh,abang dah pesan breakfast tadi.Tu,kat meja hujung sekali tu.Anim,jomlah join kiteorang sarapn sekali,"saran Azhar.
        "Adel,jom ikut papalah beli aiskrim."Tersengih anak perempuannya saat papanya menyebut perkataan aiskrim.Tangannya yang montel disua-suakan kepada papanya.
        "Pandai anak kau ni Atik,tapi apa nama penuh dia?"
        "Ish kau ni Anim,budak-budak lagi tu memanglah seronok bila kita sebut makanan yg dia suka",jawab Atik sambil tersengih.
        "Kau ni ,aku tanya lain,lain yg dijawabnya.
        "Okey okey sorry Anim.Nama anak aku Dian Adelia bt Azhar.
        "Wahh wahh,macam anak orang inggeris dah aku dengar nama dia,"seloroh Anim.
        "Hahaha dah dah la tu boraknya,jomlah makan ",ajak Azhar yang tiba-tiba muncul entah dari mana.Hampir terjerit jugak Anim dibuatnya.
        "Huhh,nasib baiklah aku ni sihat walafiat,"kata Anim dalam hatinya.Tidak pulak terkeluar perkataan itu dari mulutnya.Risau risau dia pulak ditertawakan nanti.
        "Ehh,takpa takpa.Aku dah makan tadi sebelum bersiar tepi laut .Korang makan jelah.Aku nak balik bilik dah ni,"jawab Anim serba salah saat menolak pelawaan dari Atik.
         "Tadi,aku yang beria mengajak,sekarang aku yang menolak",kata Anim dalam hatinya
         "Alahai Anim,takkan nk balik bilik dah",soal Atik
         "Laa sorry sangat sangat Atik.Aku dah janji dengan someone nak jumpa kejap lagi,"tipu Anim.
         "Ni kad aku.Apa-apa kau call lah aku.Aku ade kat Penang sampai minggu depan.Nombor bilik aku 024 Tingkat 5.Sorry tau Atik tak dapat join.Aku kena cepat ni.Assalamualaikum",kata Anim tergopoh-gopoh.
         "Waalaikumslm,"kata Atik dan Azhar serentak sambil melihat bayangan Anim hilang dari pandangan.
         "Tak ubah-ubah perangai Anim ni dari dulu,"bisik Atik sambil menggelengkan kepalanya.


Setibanya Anim di bilik,Anim meluru ke arah katil untuk mencapai telefon bimbitnya dengan harapan akan ada pesanan sms daripada seseorang.Bergenang air mata Anim tatkala melihat telefonnya.
         
         "Tidak risaukah dia?",soalnya sendiri.Lantas,laju Anim membuka langkah ke jendela.Teringin pula dirinya untuk menenangkan hati yang pedih tertusuk bak sembilu itu.Jauh di sudut hatinya memikirkan perkara yang berlaku sejak belakangan ini.
         "Kuatkah aku?"
Dia merenung kanak-kanak yang asyik bermandi-manda di kolam renang berhadapan biliknya.Tiba-tiba,matanya tertumpu pada sebuah keluarga.Tersenyum Anim melihat keluarga bahagia tersebut.Atikah,tidak sangka sudah berbahagia sekarang.Dulu di sekolaj,dialah yang paling benci pada lelaki.Baginya lelaki sama saja.Sikapnya yang ego ,kuat memaksa membuatkan dia sudah tidak percaya pada insan bernama lelaki.Akibatnya,tidak seorang lelaki pun yg pernah bertakhta dalam hatinya.Tetapi,Anim tidak pernah menyangka sahabatnya itu akan bersatu juga dengan pilihan ibu bapanya itu.Bahagianya mereka",Anim bermonolog dengan dirinya sendiri.
         "Ya Allah,masih berpeluangkah aku untuk megecapi kebahagiaan hidup sedemikian?"Anim berharap di dalam hatinya.Tidak perasan pulak dia yg airmatanya sudah mula membasahi pipi.
Fikirannya mula bercelaru saat Haikal timbul kembali.
         "Ke mana dia menghilang?Tidak rindukah dia padaku?Sudahkah dia mendapat pengganti diriku?",soal Anim sendiri.
Soalan yg bertalu-talu membuatkan hatinya sebak sendiri.Fikirannya mula mengimbau nostalgia mereka bersama.
         "Maafkan Anim,"katanya sendiri.Air matanya mula laju membasahi pipinya.Hatinya hancur dibuat oleh jejaka itu.Anim rebah menyembah bumi tatkala memikirkan soal itu.
         "Tidak kuatkah aku kali ini?"Aku perlu kuat!Aku mesti kuat !",semangat Anim berkata pada dirinya.

Lantas dia berdiri lalu dia menuju ke bilik air untuk membasuh mukanya yang basah dek airmata tanpa henti.Matanya mula membengkak kerana kerap menitiskan air mata.Keluar sahaja dari bilik air,dia terus mencapat telefon bimbit kesayangannya bercasing crystal.Jarinya laju menekan punat mencari nama mak lantas segera,menekan 'call' apabila sudah dijumpainya.Apabila panggilannya diterima,Anim bertanyakan khabar ibunya bersama adik-adiknya yg lain.Syukurlah ibu dan adiknya sihat-sihat belaka.Ibunya bertanyakan khabar kepada Anim dan Anim menjelaskan sebab dia melakukan sebegini rupa.Hatinya mula sayu apabila terbayangkan wajah ibunya yang sedang menangis ketika menghalangnya berbuat sedemikian.Panggilan segera dimatikan sesudah habis perbualannya.
         "Derhakakah aku?",tanya Anim sendiri

Setelah selesai menunaikan solat Maghrib,Anim segera bersiap untuk turun ke lobi berjumpa Atik kerana ada sesuatu yg ingin diluahkan kepada sahabatnya ,Atikah.Malam itu,Anim sudah berjanji untuk berjumpa dengan Atik di Full House Cafe.Selesai sahaja bersiap,Anim segera turun ke lobi untuk menjemput Atikah.Mereka segera ke parking menuju ke kereta Anim.Terpempan Atik saat melihat kereta Anim.
         "Wahh Anim,kaya kau sekarang.Bangga aku ade kawan macam kau Anim",seloroh Atik. 
   Anim hanya mampu tersenyum dengan reaksi Atik melihat keretanya.Perasaannya pada malam itu tidak keruan selepas teringatkan jejaka tersebut kembali.Setibanya mereka di Full House Cafe,mereka memilih meja hujung berhampiran 'cermin snow'.Atik hanya tersenyum melihat Anim yang memakai gaun berwarna biru gelap bermanik biru laut yg dipadankan dengan selendang halfmoon berwarna biru laut ala-ala 'Heliza Helmi'.
         "Cantik,desis hati Atik."
Selesai memesan makanan,mereka mula berbual kosong.
         "Kau macam mana sekarang/Siapa someone yg kau nak jumpa pagi tadi?Boyfriend ke?,"usik Atik
Tasnim hanya tersenyum,
         "Tak jadi jumpa pun,"bersahaja Anim menjawab.
Atik mula merasakan ada sesuatu yang dipendam oleh Anim.Hatinya mula berbisik.
         "Ada masalahkah Anim ni?"
Anim,kau kalau ada masalh ceritalah dekat aku.Janganlah pendam mcm ni.Kalau kau sedih,aku pun sedih jugak,"lembut Atik bertanya.
Airmata yg ditahan Anim sejak tadi akhirnya jatuh juga.Atik mula bimbang apabila melihat reaksi Anim.
         "Aku memang banyak masalah Atik.Atik,semua orang tak faham aku.Kenapa dugaan sebesar ini boleh datang dekat aku?Apa salah aku?,"luah Anim bersilih ganti dengan esakan tangisannya....





Bersambung..
sekadar nk berhibur dngan cerita rekaan kami sahabat berempat.
thank you sudi membaca.i love uolls.
         


Thursday, 8 January 2015


                                        sopan santun bererti kita menghargai diri sendiri