music Dj

Monday, 11 May 2015

                                       



                               Karya yang direka ini tiada kaitan dengan sesiapa pun bahkan ini adalah rekaan dan idea sahabat dan saya.Semoga sesiapa yang membaca entry ini akan terhibur dengan setiap watak dan perwatakan yg hadir dlm karya ini.Selamat membaca .Bismillah


                     3 TAHUN SETIA

BAB 1

     Angin laut bertiup dingin menyepa tubuh Tasnim.Sudah menjadi lumrah hidup untuk mencari ketenangan daripada-Nya.Tapi tidak bagi Anim,ketenangan akan muncul hanya ketika dia bersujud kepada-Nya.Dia tiba di tempat begini hanya kerana satu sebab.Ahmad Kashah,nama ini hanya membuatkan hati Anim menangis sendiri.Lelaki ini seakan memberi harapan cinta Anim yang tiada jawapannya.
      "Tidak jemukah dia?"Soalan sebegini sentiasa membelengu fikiran Anim,
       "Ahh,memenatkan!"Anim hanya merenung jauh pulau di hadapannya.Hatinya berbisik.
        "Sampai bila aku kene bersembunyi sebegini?"
Tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan berlari ke arahnya.Lantas dia membongkokkan badannya sedikit.Hatinya berbisik,
        "Anak siapakah ini?comel sungguh.Tidak risaukah ibu bapa kanak-kanak ini membiarkan anak mereka berkeliaran sendirian?"
        "Mama mama!"panggil kanak-kanak perempuan yang memakai gaun putih berbunga kecil tersebut
        "Ehh,kakak bukan mama adiklah.Adik salah mama ni,"jawab Anim sambil tersenyum manis ke arah kanak-kanak itu.Tangannya mengusap lembut pipi mulus kanak-kanak itu.
        "Aish,comel sungguh kanak-kanak tu",bisik hati Anim sekali lagi.
Anim mendukung kanak-kanak tersebut sambil matanya liar memandang sekelilingnya.Tiba-tiba kedengaran suara seseorang memberi salam.
        "Assalamualaikum cik," ucap wanita berbaju kurung ungu itu.Terkedu Anim saat matanya tertancap pada wajah bersih wanita tersebut.
        "Atikk!",jerit Anim lalu memeluk erat wanita ayu di depannya itu.Kanak-kanak perempuan yang berada dalam pelukan Anim segera diturunkan.
        "Anim kan?",tanya wanita itu.
Mengalir air mata Anim tatkala wanita tersebut menyebut namanya.Anim mengangguk.
        "Takkan kau dah lupa dekat aku?",seloroh Anim.Ketawa dan menangis mereka bersama.
        "Lama betul kita tak jumpa kan?",soal Atik.
        "Iyalah,hampir lapan tahun kita tak jumpa.Ehh ,kau sorang je ke ni?"tanya Anim.Tersenyum Atik saat Anim menyoalnya begitu.
        "Kau ni,dah terang-terang depan mata kau sekarang aku dengan anak kecil.Confirmlah aku datang dengan family aku".
Terkejut Anim tatkala Atik mula bercerita.
        "Wahh,tak jemput pun aku.Mana hubby kau?"usik Anim.
        "Ada tadi.Jumpa kawan dia kot",balas Atik.
        "Ohh.Ehh aku sorang je ke panggil kau Atik ni?Hubby kau panggil apa?",soal Anim lantas mengambil anak kecil yg berada di sampingnya itu.
        "Untungnya Atik,dapat ank cecomel tak banyak karenah pulak tu",bisik Anim
        "Ehh ,jomlah sambung borak-borak dekat cafe.Kesian anak kau ni kena panas.Elok-elok kulit tengah putih gebu macam ni,ada yg sunburn karang,"saran Anim.
    Tanpa berlengah lagi,merek terus bergerak ke cafe yang berada di dalam hotel.Setibanya mereka di cafe,mata Anim tertumpu pada seorang jejaka yang menghampiri mereka.Orangnya tinggi,tegap,kulit putih kemerahmerahan.Kelihatan seperti seorang yg sungguh berkaliber.
        "Sayang,sayang pergi mana tadi.Puas abang cari.Call pun tak angkat,"soal jejaka itu lantas mengambil anak perempuannya.
Tergumam Anim saat menonton adegan romantik di hadapannya itu.
        "Boleh tahan jugak suami Atik ni,"bisik Anim.
        "Ehh Anim,ni hubby aku yang paling aku sayang.Perkenalkan Azhar",jelas jari Atik sambil menunjuk-nunjuk jari ke arah suaminya.
        "Ohh,saya Tasnim just call me Anim",jawab Anim malu-malu sambil tersenyum manis ke arah Atik.
        "Ehh,abang dah pesan breakfast tadi.Tu,kat meja hujung sekali tu.Anim,jomlah join kiteorang sarapn sekali,"saran Azhar.
        "Adel,jom ikut papalah beli aiskrim."Tersengih anak perempuannya saat papanya menyebut perkataan aiskrim.Tangannya yang montel disua-suakan kepada papanya.
        "Pandai anak kau ni Atik,tapi apa nama penuh dia?"
        "Ish kau ni Anim,budak-budak lagi tu memanglah seronok bila kita sebut makanan yg dia suka",jawab Atik sambil tersengih.
        "Kau ni ,aku tanya lain,lain yg dijawabnya.
        "Okey okey sorry Anim.Nama anak aku Dian Adelia bt Azhar.
        "Wahh wahh,macam anak orang inggeris dah aku dengar nama dia,"seloroh Anim.
        "Hahaha dah dah la tu boraknya,jomlah makan ",ajak Azhar yang tiba-tiba muncul entah dari mana.Hampir terjerit jugak Anim dibuatnya.
        "Huhh,nasib baiklah aku ni sihat walafiat,"kata Anim dalam hatinya.Tidak pulak terkeluar perkataan itu dari mulutnya.Risau risau dia pulak ditertawakan nanti.
        "Ehh,takpa takpa.Aku dah makan tadi sebelum bersiar tepi laut .Korang makan jelah.Aku nak balik bilik dah ni,"jawab Anim serba salah saat menolak pelawaan dari Atik.
         "Tadi,aku yang beria mengajak,sekarang aku yang menolak",kata Anim dalam hatinya
         "Alahai Anim,takkan nk balik bilik dah",soal Atik
         "Laa sorry sangat sangat Atik.Aku dah janji dengan someone nak jumpa kejap lagi,"tipu Anim.
         "Ni kad aku.Apa-apa kau call lah aku.Aku ade kat Penang sampai minggu depan.Nombor bilik aku 024 Tingkat 5.Sorry tau Atik tak dapat join.Aku kena cepat ni.Assalamualaikum",kata Anim tergopoh-gopoh.
         "Waalaikumslm,"kata Atik dan Azhar serentak sambil melihat bayangan Anim hilang dari pandangan.
         "Tak ubah-ubah perangai Anim ni dari dulu,"bisik Atik sambil menggelengkan kepalanya.


Setibanya Anim di bilik,Anim meluru ke arah katil untuk mencapai telefon bimbitnya dengan harapan akan ada pesanan sms daripada seseorang.Bergenang air mata Anim tatkala melihat telefonnya.
         
         "Tidak risaukah dia?",soalnya sendiri.Lantas,laju Anim membuka langkah ke jendela.Teringin pula dirinya untuk menenangkan hati yang pedih tertusuk bak sembilu itu.Jauh di sudut hatinya memikirkan perkara yang berlaku sejak belakangan ini.
         "Kuatkah aku?"
Dia merenung kanak-kanak yang asyik bermandi-manda di kolam renang berhadapan biliknya.Tiba-tiba,matanya tertumpu pada sebuah keluarga.Tersenyum Anim melihat keluarga bahagia tersebut.Atikah,tidak sangka sudah berbahagia sekarang.Dulu di sekolaj,dialah yang paling benci pada lelaki.Baginya lelaki sama saja.Sikapnya yang ego ,kuat memaksa membuatkan dia sudah tidak percaya pada insan bernama lelaki.Akibatnya,tidak seorang lelaki pun yg pernah bertakhta dalam hatinya.Tetapi,Anim tidak pernah menyangka sahabatnya itu akan bersatu juga dengan pilihan ibu bapanya itu.Bahagianya mereka",Anim bermonolog dengan dirinya sendiri.
         "Ya Allah,masih berpeluangkah aku untuk megecapi kebahagiaan hidup sedemikian?"Anim berharap di dalam hatinya.Tidak perasan pulak dia yg airmatanya sudah mula membasahi pipi.
Fikirannya mula bercelaru saat Haikal timbul kembali.
         "Ke mana dia menghilang?Tidak rindukah dia padaku?Sudahkah dia mendapat pengganti diriku?",soal Anim sendiri.
Soalan yg bertalu-talu membuatkan hatinya sebak sendiri.Fikirannya mula mengimbau nostalgia mereka bersama.
         "Maafkan Anim,"katanya sendiri.Air matanya mula laju membasahi pipinya.Hatinya hancur dibuat oleh jejaka itu.Anim rebah menyembah bumi tatkala memikirkan soal itu.
         "Tidak kuatkah aku kali ini?"Aku perlu kuat!Aku mesti kuat !",semangat Anim berkata pada dirinya.

Lantas dia berdiri lalu dia menuju ke bilik air untuk membasuh mukanya yang basah dek airmata tanpa henti.Matanya mula membengkak kerana kerap menitiskan air mata.Keluar sahaja dari bilik air,dia terus mencapat telefon bimbit kesayangannya bercasing crystal.Jarinya laju menekan punat mencari nama mak lantas segera,menekan 'call' apabila sudah dijumpainya.Apabila panggilannya diterima,Anim bertanyakan khabar ibunya bersama adik-adiknya yg lain.Syukurlah ibu dan adiknya sihat-sihat belaka.Ibunya bertanyakan khabar kepada Anim dan Anim menjelaskan sebab dia melakukan sebegini rupa.Hatinya mula sayu apabila terbayangkan wajah ibunya yang sedang menangis ketika menghalangnya berbuat sedemikian.Panggilan segera dimatikan sesudah habis perbualannya.
         "Derhakakah aku?",tanya Anim sendiri

Setelah selesai menunaikan solat Maghrib,Anim segera bersiap untuk turun ke lobi berjumpa Atik kerana ada sesuatu yg ingin diluahkan kepada sahabatnya ,Atikah.Malam itu,Anim sudah berjanji untuk berjumpa dengan Atik di Full House Cafe.Selesai sahaja bersiap,Anim segera turun ke lobi untuk menjemput Atikah.Mereka segera ke parking menuju ke kereta Anim.Terpempan Atik saat melihat kereta Anim.
         "Wahh Anim,kaya kau sekarang.Bangga aku ade kawan macam kau Anim",seloroh Atik. 
   Anim hanya mampu tersenyum dengan reaksi Atik melihat keretanya.Perasaannya pada malam itu tidak keruan selepas teringatkan jejaka tersebut kembali.Setibanya mereka di Full House Cafe,mereka memilih meja hujung berhampiran 'cermin snow'.Atik hanya tersenyum melihat Anim yang memakai gaun berwarna biru gelap bermanik biru laut yg dipadankan dengan selendang halfmoon berwarna biru laut ala-ala 'Heliza Helmi'.
         "Cantik,desis hati Atik."
Selesai memesan makanan,mereka mula berbual kosong.
         "Kau macam mana sekarang/Siapa someone yg kau nak jumpa pagi tadi?Boyfriend ke?,"usik Atik
Tasnim hanya tersenyum,
         "Tak jadi jumpa pun,"bersahaja Anim menjawab.
Atik mula merasakan ada sesuatu yang dipendam oleh Anim.Hatinya mula berbisik.
         "Ada masalahkah Anim ni?"
Anim,kau kalau ada masalh ceritalah dekat aku.Janganlah pendam mcm ni.Kalau kau sedih,aku pun sedih jugak,"lembut Atik bertanya.
Airmata yg ditahan Anim sejak tadi akhirnya jatuh juga.Atik mula bimbang apabila melihat reaksi Anim.
         "Aku memang banyak masalah Atik.Atik,semua orang tak faham aku.Kenapa dugaan sebesar ini boleh datang dekat aku?Apa salah aku?,"luah Anim bersilih ganti dengan esakan tangisannya....





Bersambung..
sekadar nk berhibur dngan cerita rekaan kami sahabat berempat.
thank you sudi membaca.i love uolls.