music Dj

Monday, 2 November 2015

                                                                   GREAT OCTOBER

Assalamualaikum penggemar blog dan yg lainnya.Sis berkesempatan untuk create new entry but this entry  is about my activities  during October.Hehe i just wanna share what have i done during semester break.

First,sis habis final exam pd 15/10 subjek Plant Science.Rata-rata classmates sis balik rumah ptg tu jugak sbbnye flight diaorg tu je yg free..Kalau ikutkan mlm tu kiteorg nak keluar makan dgn classmates hasil duit jualan sayur kiteorg.So mlm tu kiteorg keluar mana yang tak balik je lgi utk makan bersama .Tak jauh pun makannye.Dekat Jengkalifornia Town je..hahhahhahambar.Esok paginya,sis and the geng pergi jumpa miss wani sebab miss wani dh nak habis kontrak mengajar dkt Uitm.Sedih sebab miss dah takde.Nanti takleh dah nak selalu dating .Nak nak lagi borong tudung.Terpaksa lah beli online..hikss.


17-18/10
Family day sekolah ayah sis..haha Rasa dh lama sgt tak pergi family day..Rasa lah kanak-kanak balik .Kutip kutip coklat.Family day kali ni lebih kpd aktiviti santai dimana kiteorg buat bbq dan makan makan kemudian penyampaian cenderahati kpd guru guru.Of course sis pergi pantai tgk ombak.Tapi ombak sgt kuat sampaikan takut nak dekat dgn pantai.So,sis duduk jauh ambik gambar ,main main pasir,acah acah cantik posing semua tu.Well ,mmg habit sis kot sebabnye every single moment sis suka utk ambil gambar.hewhew.Selepas pada tu,sis menikmati cuti sem sis dgn lepak tidur makan jalan jalan lawat cikgu dan sekolah..waaaa


31/10
Reunion Rehlah Tautan Ukhwah POA Zon 2 kali kedua.Sebenarnya sis segan nak join diaorg sebabnya ini baru pertama kali join poa zon 2 .Kenal diaorg pun tak sgt sbb kenal pun dkt pmg pahang je..Sedihkan ?.hmm RTU ni diadakan di Hutan Lipur Lentang..Dapatlah lepas rindu nak tgk air terjun..hahahaha..Program ini bertujuan untuk mengeratkan kembali tautan ukhwah yang telah terbina antara kami semua semenjak program lain yg telah dianjurkan oleh Ikatan Pelajar Islam Pahang.Program bermula dgn ketibaan para alumni yg berkelapngan utk menghadiri reunion.Turut hadir para pemimpin Ikatan,Saudara Hafizullah,saudara Arif,saudara Nazrin,Saudara Hayat,Saudari Hidayah serta ahli zon 1 dan 3.

Program diteruskan dgn aktiviti BBQ.Sambil berBBQ,kami berkongsi ceria serta punchline punchline yg serba kena mahupun tak kena yg sentiasa menceriakan suasana.Kemudian diteruskan lagi dengan slot Sharing Moment mengenai perkembangan diri dalam jemaah mahupun kehidupan seharian.Usai sharing moment,kami meneruskan lagi dgn aktiviti bebas.Slot ini memberi peluang kepada kami utk melawat tempat air terjun serta bermandi manda bagi siapa yg ingin merasai kesejukan air terjun Lentang.Pada jam 6 petang,kami telah siap berkemas tempat yg kami gunakan dan diadakan dgn sesi pengambaran.Of course kena bergambar sebab dah gathering kan..hahahaha.

Meskipun program ini nampak santai,pada saya program ni dah berjaya mencapai objektif dimana utk merapatkan kembali tautan ukhwah sesama kami.Jujur sis cakap,sis gembira dgn pertemua bersama ahli ahli zon 2.Ternyata mereka mudah untuk didekati dan mudah utk menyelit dlm punchline yg dibuat olehnya.Sis sgt happy berada dalam kalangan mereka kerana ukhwah sebegini jarang sis dapat rasai dgn yang lainnya.Semoga ikatan ukhwah ini berkekalan dan berpanjangan dengan semua sahabat sahabat kita tak kira yg baru mahupun lama.Semoga dgn kehadiran rakan baru ,kita tak lupa pada sahabat kita yg sama sama dengan kita sewaktu persekolahan dulu..heeee.


Dalam kehidupan ni,kita kuat kerana adanya jemaah.Tanpa jemaah mungkin kita akan tumbang.Semoga kita Selalu sanggup untuk berbuat baik bersama aamin In Shaa Allah..heeee.Renung renugkan dan selamat beramal gaiss..Thanks sudi membaca entry sis yang tak seberapa ni.Moga kita semua dalam lindungan dan jagaan Allah.Itu sahaja yang sis mahu kongsikan bersamaa.

1 comment:

  1. Assalamualaikum sis . go on elly . nikmati dan hayati kehidupan ini dengan penuh tawaduk . fai doakan yang terbaik untuk elly . fai love that gathering . sedihnya , tak berkesempatan nak join . apa-apa pun , tahniah sebab berjaya luangkan semester break dengan aktiviti yang berfaedah ! ^_^

    ReplyDelete